Saturday, August 21, 2010

1.0 Pengenalan

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.


Disediakan Oleh : Cheng Yueh Ming (126635)

2.1 Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.



Disediakan Oleh : WAN MOHD FIRDAUS WAN ZAHARI  (204216)

2.2 Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidulfitri

Pantang Larang Perayaan
Hari Raya Aidilfitri.
1.      Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
2.      Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.
3.      Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
4.      Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
5.      Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
6.      Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
7.      Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
8.      Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.


Hari Raya Aidiladha.
1.      Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
2.      Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.
3.      Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
4.      Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.


Disediakan Oleh: MOHAMAD FARID BIN ISMAIL (204378)

2.3 Pantang Larang Mengandung Orang Melayu

Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

Disediakan Oleh :Nurul Shakinah Jusoh (204186)

3.1 Perkahwinan Orang Cina

  1. Bakal pengantin  tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. 
  2.  Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
  3.  Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. 
  4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.


Disediakan Oleh :Chen Ling Kenn (204399)

3.2 Pantang Larang Tahun Baru Cina




Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari  raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.

Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.

 Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina  paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa  walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

 Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

 Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

 Selain itu, pemberian angpau masih tetap   diamalkan iaitu bagi pasangan  yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.


Disediakan Oleh : Goh Sze Kei (204594)

3.3 Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.


1.Dilarang makan daging arnab
    Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir  arnab.

2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

8.Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.



Disediakan oleh: Soo Suet Ching (204016)


4.1 Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India



                
             Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .
    Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
    Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut  akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
    Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
   Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang  kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .


 Disediakan Oleh :Tan Chen Hin (204257)


Friday, August 20, 2010

4.2 Pantang Larang Semasa Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.


Disediakan Oleh : Yoong Yen Sen (204254) 

4.3 Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.  
  1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam 
  2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
  3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
  4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.


Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

Disediakan Oleh : Ter Ser Yeen (204202)

5.0 Kesimpulan

Walaupun Negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India adalah untuk satu tujuan iaitu untuk kebaikan sendiri. Ini bermaksud, pantang larang perlu dipatuhi semasa perkahwinan, perayaan, dan juga semasa hamil untuk mengelakkan sesuatu yang malang berlaku.





Disediakan oleh :Cheng Yueh Ming (126635)

Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi)