Saturday, August 21, 2010

3.3 Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.


1.Dilarang makan daging arnab
    Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir  arnab.

2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

8.Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.



Disediakan oleh: Soo Suet Ching (204016)


1 comment: