Friday, August 20, 2010

4.3 Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.  
  1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam 
  2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
  3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
  4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.


Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

Disediakan Oleh : Ter Ser Yeen (204202)

2 comments:

  1. Terima kasih kepada saudara kerana membuat post ini. Saya mempunyai beberapa soalan untuk saudara. Kenapakah ibu mengandung dilarang membuat perkara2 tersebut? Jawapan anda amat ku hargai.

    ReplyDelete